| Sighah Keputusan |
:
|
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 4/2020 yang telah bersidang pada 18 & 19 Ogos 2020 memutuskan seperti berikut:
- Islam dengan jelas menghalang pindah milik secara al-faraid di antara saudara baru dan warisnya yang bukan beragama Islam.
- Walau bagaimanapun tanggungjawab untuk menanggung dan menunaikan nafkah ke atas waris tanggungan seperti ibu bapa, anak-anak dan adik-beradik masih sabit semasa hidup seseorang saudara baru sehinggalah apabila saudara baru tersebut meninggal dunia.
- Tanggungjawab ini walaupun terhalang melalui mekanisme al-faraid, namun kaedah pindah milik melalui wasiat, hibah dan wakaf masih boleh dilakukan untuk kebajikan waris yang bukan Islam.
- Seorang saudara baru hendaklah merancang pembahagian harta peninggalannya supaya kebajikan waris tidak tergugat.
- Berdasarkan undang-undang, hak waris yang bukan Islam ke atas wang pencen terbitan atau sebarang pampasan akibat kematian seseorang saudara baru adalah diiktiraf dan boleh membantu dalam penerusan kehidupan waris yang bukan beragama Islam.
- Namun, peranan saudara baru dalam membawa waris dan ahli keluarganya bagi sama-sama menganut agama Islam dalam menjamin kehidupan mereka bukan setakat selesa di dunia, malah berterusan sehingga ke akhirat adalah sangat material di sisi hukum syarak.
- Mesyuarat turut bersetuju dengan perincian pembahagian pemilikan harta seperti berikut:
Pemilikan Semasa Hidup
Pemilikan semasa hidup ialah segala harta yang dimiliki atau diusahakan oleh si mati semasa dia hidup termasuklah wang simpanan, upah, bayaran premium insurans, sumbangan KWSP bulanan dan segala pemilikan berdasarkan kepada pekerjaan. Maka harta-harta ini boleh dipusakakan kerana dia memiliki harta tersebut semasa hidup sekalipun dalam milik yang tidak sempurna.
Bagi meneliti dengan lebih detil, dalam jadual berikut dibincangkan kaedah dan konsep pemilikan harta, serta hukum pewarisan ke atasnya.
Jadual 1 – Perolehan harta semasa hidup
|
Bentuk Harta
|
Konsep Pemilikan
|
Hukum
|
|
Harta Tak Alih
|
Segala harta yang tidak boleh dialih yang dimiliki semasa hidup sama ada sempurna ataupun tidak (masih dalam pembiayaan bank)
|
Pusaka
|
|
Harta pajakan
|
Harta yang dimiliki secara terhad berdasarkan tanggungan hutang yang diambil daripada bank
|
Pusaka, berdasarkan lebihan hak yang dimiliki, setelah ditolak kos hutang dengan bank
|
|
Sewaan
|
Hasil sewa daripada harta yang dimiliki secara tidak sempurna (rumah didiami penyewa)
|
Pusaka
|
|
Wang simpanan
|
Segala bentuk simpanan sama ada wang atau barang kemas – hak milik sempurna
|
Pusaka
|
|
Saham / Bon / Sukuk
|
Segala bentuk sijil yang bernilai dengan wang yang boleh dicairkan – hak milik sempurna
|
Pusaka
|
|
Upah
|
Segala bayaran atas suatu pekerjaan yang dilakukan, yang dibayar tunai (milik sempurna) atau dihutang (milik tidak sempurna)
|
Pusaka
|
|
Bayaran Premium Insurans
|
Wang bulanan yang dicarum sebagai simpanan dan akan diperolehi selepas tempoh matang (milik tidak sempurna)
|
Pusaka
|
|
Sumbangan KWSP
|
Potongan bulanan dan sumbangan majikan yang akan diberikan selepas pencen (Dimiliki secara tidak sempurna)
|
Pusaka
|
|
Elaun dalam perkhidmatan
|
Segala elaun yang dibayar bulanan ke atas pangkat/jawatan (milik sempurna)
|
Pusaka
|
|
Pencen Perkhidmatan
|
Segala bayaran bulanan yang diterima selepas pencen (milik sempurna)
|
Pusaka
|
|
Pencen Ilat
|
Segala bayaran bulanan yang diterima selepas pencen akibat kemalangan (milik sempurna)
|
Pusaka
|
|
Bonus / Dividen simpanan, insurans atau pelaburan
|
Bonus atau dividen atas keuntungan yang dikira pada premium (milik sempurna apabila capai tempoh matang)
|
Pusaka
|
|
Pemilikan Hutang
|
Pemilikan ke atas hutang yang disimpan oleh orang lain (milik tidak sempurna)
|
Pusaka
|
|
Harta sepencarian
|
Hak pasangan ke atas perkongsian perolehan harta semasa tempoh perkahwinan (hak tidak sempurna)
|
Pusaka sekiranya dituntut, dan bukan pusaka sekiranya tidak dituntut
|
|
Hadiah perkhidmatan
|
Hadiah yang mengambil kira prestasi semasa berkhidimat seperti APC. Sempurna jika diterima semasa hidup
|
Pusaka
|
|
Ex-Gratia
|
Pampasan yang dibayar atas suatu bencana semasa berkhidmat. Sempurna jika diterima semasa hidup
|
Pusaka
|
|
Gratuiti
|
Ganjaran yang dibayar selepas pencen dengan mengambilkira tempoh perkhidmatan. Sempurna jika diterima semasa hidup
|
Pusaka
|
|
Award Wang Tunai (gantian cuti rehat)
|
Gantian cuti rehat yang tidak diambil dan dibayar dengan wang tunai. Sempurna jika sempat terima & tidak sempurna, jika meninggal dahulu
|
Pusaka
|
|
Menang Saman
|
Tuntutan saman yang dilakukan semasa hidup. Sempurna jika diterima semasa hidup
|
Pusaka
|
|
Royalti
|
Bayaran ke atas keuntungan/usaha si mati semasa hidup. Sempurna jika diterima semasa hidup
|
Pusaka
|
|
Pampasan/SOCSO atas kemalangan bukan kematian
|
Pampasan yang dibayar kepada pekerja kerana kemalangan dan ia masih hidup. Pampasan ini adalah hak milik sempurna pekerja tersebut.
|
Pusaka
|
Pemilikan selepas mati adalah merujuk kepada segala harta yang diperolehi selepas kematian seperti pampasan, pencen terbitan, wang ganjaran, bonus atau faedah daripada khairat kematian, tabung sumbangan kematian iaitu semua bentuk harta ini tidak boleh diwarisi.Pemilikan selepas mati
Jadual 2 – Perolehan harta selepas mati
|
Bentuk harta
|
Konsep pemilikan
|
Hukum
|
|
Pampasan / SOCSO akibat kematian
|
Pampasan yang diberikan kerana berlakunya kematian ke atas seseorang pekerja
|
Bukan pusaka
|
|
Pencen Terbitan
|
Pencen yang dibayar kepada orang tanggungan selepas kematian pekerja
|
Bukan pusaka
|
|
Pencen Tanggungan
|
Faedah persaraan tambahan yang diberikan kepada orang-orang tanggungan pesara atau anggota yang telah meninggal dunia
|
Bukan Pusaka
|
|
Pencen Penakat
|
Pencen yang dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila orang berinsurans meninggal dunia
|
Bukan Pusaka
|
|
Ganjaran Terbitan
|
Pemberian faedah yang dibayar sekaligus kepada tanggungan/ wakil yang sah disisi undang-undang pegawai/pekerja yang meninggal dunia dalam perkhidmatan
|
Pusaka sekiranya pembayaran berdasarkan perkhidmatan si mati
|
|
Ex-Gratia Terbitan
|
Bayaran sekaligus kepada ibu, atau sekiranya ibu telah meninggal dunia, bapa kepada anggota berpencen yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan tanpa meninggalkan balu/duda atau anak.
|
Bukan pusaka sekiranya ia sebagai pampasan kematian
|
|
Bonus atau Faedah Khairat Kematian
|
Diperolehi selepas kematian, biasanya untuk urusan pengebumian
|
Bukan pusaka
|
|
Sumbangan, derma, saguhati Kematian
|
Diperolehi selepas kematian
|
Bukan pusaka
|
|
Dividen Insurans Konvensional (atas premium)
|
Keuntungan yang dikira berasaskan caruman ke atas simpanan insurans dan diperolehi selepas kematian
|
Pusaka
|
|
Dividen Insurans Takaful Simpanan (atas premium)
|
Keuntungan yang dikira berasaskan caruman ke atas simpanan insurans dan diperolehi selepas kematian
|
Pusaka
|
|
Pampasan Insurans Takaful Kematian
|
Pampasan yang diberikan kerana perlindungan kematian dan diperolehi selepas kematian
|
Bukan pusaka
|
|
Menang Saman
|
Tuntutan saman yang dilakukan semasa hidup, tetapi diperolehi selepas kematian
|
Pusaka
|
|
Royalti
|
Bayaran yang diperolehi selepas kematian daripada usaha semasa hidup (jualan buku, lagu dsb.)
|
Pusaka
|
Berasaskan jadual di atas, segala perolehan yang diperolehi selepas kematian dan bukan berdasarkan hasil sumbangan perkhidmatan si mati, adalah dianggap bukan harta pusaka
(Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988) telah bersetuju bahawa Ganjaran Terbitan dan Pencen Terbitan tidak termasuk sebagai harta pusaka).
Justeru, boleh disimpulkan bahawa harta-harta berikut tidak tertakluk kepada harta pusaka dan boleh dibahagikan juga kepada waris bukan Islam kerana ia memang dikhususkan sebagai pampasan atau pembiayaan untuk waris tanggungan;
i. Pencen terbitan
ii. Pencen penakat
iii. Pencen tanggungan
iv. Pampasan akibat kematian
v. Sumbangan kematian
Oleh itu, harta tersebut adalah hak waris tanggungan dan termasuklah mereka yang ditanggung oleh si mati yang bukan beragama Islam. Maka mereka berhak menerimanya berasaskan faktor biologi, hubungan darah dan pengiktirafan udang-undang dengan si mati.
|